Saturday, August 1, 2009

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan tingkah laku murid-murid merupakan masalah utama guru pelatih dan guru permulaan. Bagi guru pelatih pemulihan khas, pengurusan tingkah laku murid dalam kelas pemulihan kebanyakannya tidak ada masalah. Kalau pun ada, cuma salah laku yang mudah untuk ditangani. Apa yang jadi masalah ialah bila masuk kelas minor sama ada Bahasa Melayu mahu pun Matematik. Tambahan lagi kalau diberi kelas "hujung", kelas KIA yang sekufu dengan kelas pemulihan. Kelas pemulihan tak jadi masalah kerana bilangan murid tidak lebih 15 orang. Kelas biasa pula, tidak kurang 30 orang. Di bandar ada yang menjangkau 52 orang. Wow, guru berpengalaman pun susah nak dapat 100% kerjasama m/m semasa mengajar. Kalau nak carilah salah, salahkanlah sistem pendidikan kita kerana gagal melaksanakan matlamat 25 orang sekelas.

Pun begitu, alang-alang sudah diberi kelas sebegitu - perjuangan perlu diteruskan. Cari jalan penyelesaian. Bagaimana? Ada caranya - kalau tak berjaya 100% sekurang-kurangnya lebih baik dari sebelumnya. Peningkatan, ada perubahan - itu yang penting.

Caranya? Tunggu.....

Saturday, July 4, 2009

Bimbingan dan Penyeliaan 1

Minggu ini - Khamis dan Jumaat, prapenyeliaan dan penyeliaan 1 mesti dimulakan. Kalau tidak kemungkinan akan tersasar daripada jadual yang dirancang. Apa yang berlaku di hadapan tidak dapat dijangka. Mesyuarat, kursus, bengkel dll. kemungkinan akan menganggu kelancaran tugas penyeliaan praktikum. Selagi ada ruang dan kelapangan - pergilah ke sekolah walaupun awal daripada jadual. Lagi pun bulan Ogos nanti bulan Ramadhan. Perjalanan jauh pasti meletihkan.

SKTSM merupakan destinasi pertama. Dekat dan mudah didatangi. Cath dan Liah sudah dimaklumi 3 hari yang lepas.

Thursday, July 2, 2009

PraktikumKU hari ini

Perjalanan PraktikumKU hari ini, ke dua tempat, pertama ke SK Buntal dan SKTSM Taman Malihah. SK Buntal - untuk memantau praktikum Latihan Guru Bestari dan SKSTSM untuk bimbingan praktikum KPLI (SR) yang baru bermula 22 Jun yang lepas.

Awal pagi seawal 0700 telah bergerak ke Buntal. Sesampai ke sana pergi ke bilik GB. Berkenal dan berbincang tentang pelaksanaan program latihan bestari. Setahu saya dua orang guru telah dihantar untuk berkursus 4M dari sekolah ini. Seorang kohort Julai 2008 dan Mac 2009 ini. Tanya GB kedua-dua tak laksana Pembelajaran Berasaskan Projek seperti telah dirancang pada akhir kursus. Alasan? Seorang cuti beranak. Seorang lagi kurang mahir ICT dan diarahkan berkursus, kalau tiada calon dari sekolah itu GB kena tulis surat tunjuk sebab ke JPN. Lepas tu jumpa PK1 dan minta untuk dibawa melihat kemudahan ICT sekolah. Wow canggih juga. Dalam bilik ada 20 biji komputer. Ustaz penyelarasnya. Akses internet pun ok. Bilik diguna untuk kelas Tahun 6 kerana tak mahu mereka terganggu dek kebisingan pembinaan blok baru sekolah itu. Sekolah ok, GB ok, pakar rujuk ada, guru-guru komited, latihan dah diberi, - so apa lagi? Tepuk dada tanya selera!!!

Lama juga di sekolah itu, sampai terlewat sampai di SKSTM. Tugas yang lebih penting ... Membimbing guru pralatihan. Semoga mereka tidak akan mencari seribu alasan dan hanya tahu menunding jari ... itu dan ini... pabila jadi guru terlatih nanti.

Tuesday, June 30, 2009

Jadual PraktikumKU Minggu Ini

Perjalanan praktikumKU minggu ini:

Selasa: SKTSM - prapenyeliaan
Khamis: SKTSM - penyeliaan 1
Jumaat: SK Pueh -prapenyeliaan & Penyeliaan 1

Selamat berjaya.

Prapenyeliaan Praktikum

Selamat berjumpa lagi,

Hari ini saya ke SK Tan Sri Mohamed, Taman Malihah (SKTSM). Sebenarnya saya tiada perancangan untuk ke sana kerana saya sudah menetapkan hari Khamis untuk ke Taman Malihah dan Jumaat untuk ke Sematan. Itu pun bergantung kepada jadual mengajar mereka. Sebenarnya perjalanan saya hari ini ialah ke SK Buntal untuk mendapatkan laporan Praktikum KDP4M Latihan Guru Bestari kohort yang lepas, tetapi apabila dihubungi, guru berkenaan mengatakan bahawa dokumen yang dikehendaki belum lengkap. terpaksalah datang pada hari yang lain. Kebetulan sudah keluar, lebih menjenguk bakal-bakal guru - yang terdekat tentunya Catherine dan Liah di SKTSM. Tak perlu risau hanya lawatan prapenyeliaan sahaja - bertanya khabar dan menyemak jadual, portfolio dan proses penyesuaian diri.

Perjalanan ke SKTSM tidak memakan masa yang lama, jaraknya cuma 12 km dari kampus. Walaupun pada waktu pagi sebelum pukul 8 dan selepas 4 petang, perjalanan ke kawasan ini akan mengambil masa sehingga sejam. walaupun selalu melintas Taman Malihah, saya tidak pernah masuk ke taman ini kecuali ke deretan kedai berhampiran stesen minyak Shell itu sahaja. Sekolah tidaklah jauh dari jalan utama. Tetapi sebelum ke sekolah, saya meronda dahulu sekitar taman. Kata orang tak kenal maka tak cinta, tak meneroka maka tak biasa.
Masuk ke kawasan sekolah, banyak parkir kosong di bahagian hadapan. Guru-guru kebanyakannya parkir di bahagian sisi sekolah. Bangunan terdiri daripada 3 blok 2 tingkat, berbentuk U yang besambung antara satu dengan yang lain. Nampak kecil sahaja sekolah ini, pejabat?, bilik guru? padang?, kantin? di mana ya? Nampak seorang pelajar KPLI sedang mengajar PJ di gelangang bola keranjang di hadapan sekolah. Kumpulan PJ agaknya, saya pun bukan kenal sangat pelajar-pelajar ni. Ramai sangat nak ingat!! Tanda dah tualah tu. Mereka yang diajar dan koku sahaja yang diingat namanya. Itupun tidak semua. Masuk ke rumah orang jangan lupa jumpa tuan rumah dahulu, Guru Besar sudah tentunya. Guru besar tidak ada hari ini, ada urusan di PPD Pedawan. PK ada (lupa nak tanya nama). Perkenalkan diri, chit-chat tentang diri dan sekolah SKTSM ini. Satu sesi, m/m 1055 orang, guru lebih 60 orang. Ramai tu...
Seterusnya di bawa ke bilik pemulihan oleh PK. Cikgu pelatih dua orang itu, sudah sedia menunggu. Senyum ceria. Dalam hati kecut juga agaknya. Maklumlah, takut kena selia - baru seminggu praktikum pensyarah dah datang. Tak perlu risau dik oi, praktikum kini bukan sama praktikum dulu-dulu. Praktikum kini, ada bimbingan - prapenyeliaan, penyeliaan dan pasca penyeliaan. Zaman saya praktikum dulu-dulu, pensyarah main touch-n-go sahaja. Sekarang ni pensyarah pembimbing baik-baik belaka. Termasuk saya jugalah. Angkat bakul sikit. Tapi ada baiknya juga cara macam itu, agar bakal guru ni sentiasa bersedia. Bagi saya, bukan pendekatan itu yang penting. Yang penting berbalik kepada bakal guru itu sendiri - kesediaan menimba ilmu dan pengalaman, yakin diri, komitmen, kreatif, serta sedia berubah dan membuat perubahan/ pengubahsuaian. Yang PALING PENTING sentiasa bersedia untuk menjadi guru berkesan (boleh juga disebut sebagai cemerlang). Latihan hanya 3 bulan, jadi guru nanti mahu juga sampai 30 tahun tu. Jadi jika tak mahu sakit jiwa selama itu - lebih baik set kan minda anda,
"Saya minat menjadi guru",
"Saya seronok menjadi guru" dan
"Saya bangga menjadi guru" ...
Baru-baru mengajar, banyaklah ceritanya. Kelas minor ramai (52 orang) kelas hujung lagi, m/m tak dengar arahan, susah kawal kelas, ibu bapa masuk kelas 10 minit terakhir sebelum rehat/waktu balik (terkejut saya dengar kisah ini -kawasan taman perumahan begini pun ada juga kes begini), koku dan banyak lagi. Apa-apa pun, itu cabaran dan pengalaman yang harus dilalui. Lain padang lain belalang. Catatlah dalam refleksi atau jurnal - jadikan isu untuk ditangani. Pengalaman tidak dapat dijual dan dibeli. Pengalaman mendewasakan kita.
Dari kesediaan, nampaknya Cath dan Liah ini sudah bersedia. Yakin walau pun sedikit gementar. Portfolio umum dan rancangan pengajaran sudah tersedia. Ujian diagnostik sudah dibuat cuma belum tahu nak agih ikut kemahiran. Bilik pemulihan saiz separuh kelas biasa. Susunan, hiasan bilik biasa-biasa saja. Macam kelas konvensional. Tidak boleh ubah dan tak berani nak ubah , kata mereka. Bilik itu serba guna - oleh guru mahu pun murid-murid terutama pada waktu rehat. Apa-apa pun bilik itu tiada cacat celanya, cuma kalau boleh diubah suai ikut RPH guru kan bagus. Pun begitu - harap proses p&p tetap berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang dirancang. Selamat berusaha.
Jumpa lagi.

Monday, June 29, 2009

Selamat Menjalani Praktikum

Salam Sejahtera
Selamat menjalani praktikum untuk pelajar-pelajar KPLI ambilan Jan 2009. Tempoh 3 bulan mulai 22 Jun hingga 18 Sept. menjadi medan untuk anda mengasah bakat dan kemahiran keguruaan anda. Sebahagian besar daripada anda, saya pasti sudah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah sebagai guru sandaran, guru pengganti, atau paling tidak pun pengalaman yang dikutip daripada program PBS dan pengajaran mikro di IPGM.
Pada semester ini saya diamanahkan untuk membimbing 4 orang pelajar KPLI Kumpulan Pemulihan 1, kumpulan yang saya ajar mata pelajaran Pendidikan Pemulihan komponen Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan dan Pengurusan Tingkah Laku. Mereka ialah:
  1. Catherine Hillary Agah - SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Pedawan
  2. Liah Galing - SK Tan Sri Datuk Haji Mohamed, Pedawan
  3. Losita Lombou -SK Pueh, Sematan
  4. Nancy Singa -SK Pueh, Sematan

Minggu ini sudah masuk minggu ke-2 di sekolah, harap semuanya sudah berjalan dengan lancar. Jangan lupa membuat ujian diagnostik serta menyediakan rekod-rekod yang sepatutnya dan disimpan dalam portfolio. Disamping itu, jadual waktu, senarai tugas, peta lokasi serta borang-borang yang terdapat dalam folder taklimat praktikum hendaklah dikembalikan secepat mungkin kepada Unit Praktikum (u.p. Cik Suciyam Paijo).

Minggu ini dan minggu depan saya akan membuat prapenyeliaan dan penyeliaan 1 ke sekolah-sekolah anda. Jika ada sebarang masalah, jangan malu-malu bertanya dengan guru pembimbing atau guru-guru lain yang sangat berpengalaman di sekolah.

Selamat berpraktikum.