Tuesday, June 30, 2009

Prapenyeliaan Praktikum

Selamat berjumpa lagi,

Hari ini saya ke SK Tan Sri Mohamed, Taman Malihah (SKTSM). Sebenarnya saya tiada perancangan untuk ke sana kerana saya sudah menetapkan hari Khamis untuk ke Taman Malihah dan Jumaat untuk ke Sematan. Itu pun bergantung kepada jadual mengajar mereka. Sebenarnya perjalanan saya hari ini ialah ke SK Buntal untuk mendapatkan laporan Praktikum KDP4M Latihan Guru Bestari kohort yang lepas, tetapi apabila dihubungi, guru berkenaan mengatakan bahawa dokumen yang dikehendaki belum lengkap. terpaksalah datang pada hari yang lain. Kebetulan sudah keluar, lebih menjenguk bakal-bakal guru - yang terdekat tentunya Catherine dan Liah di SKTSM. Tak perlu risau hanya lawatan prapenyeliaan sahaja - bertanya khabar dan menyemak jadual, portfolio dan proses penyesuaian diri.

Perjalanan ke SKTSM tidak memakan masa yang lama, jaraknya cuma 12 km dari kampus. Walaupun pada waktu pagi sebelum pukul 8 dan selepas 4 petang, perjalanan ke kawasan ini akan mengambil masa sehingga sejam. walaupun selalu melintas Taman Malihah, saya tidak pernah masuk ke taman ini kecuali ke deretan kedai berhampiran stesen minyak Shell itu sahaja. Sekolah tidaklah jauh dari jalan utama. Tetapi sebelum ke sekolah, saya meronda dahulu sekitar taman. Kata orang tak kenal maka tak cinta, tak meneroka maka tak biasa.
Masuk ke kawasan sekolah, banyak parkir kosong di bahagian hadapan. Guru-guru kebanyakannya parkir di bahagian sisi sekolah. Bangunan terdiri daripada 3 blok 2 tingkat, berbentuk U yang besambung antara satu dengan yang lain. Nampak kecil sahaja sekolah ini, pejabat?, bilik guru? padang?, kantin? di mana ya? Nampak seorang pelajar KPLI sedang mengajar PJ di gelangang bola keranjang di hadapan sekolah. Kumpulan PJ agaknya, saya pun bukan kenal sangat pelajar-pelajar ni. Ramai sangat nak ingat!! Tanda dah tualah tu. Mereka yang diajar dan koku sahaja yang diingat namanya. Itupun tidak semua. Masuk ke rumah orang jangan lupa jumpa tuan rumah dahulu, Guru Besar sudah tentunya. Guru besar tidak ada hari ini, ada urusan di PPD Pedawan. PK ada (lupa nak tanya nama). Perkenalkan diri, chit-chat tentang diri dan sekolah SKTSM ini. Satu sesi, m/m 1055 orang, guru lebih 60 orang. Ramai tu...
Seterusnya di bawa ke bilik pemulihan oleh PK. Cikgu pelatih dua orang itu, sudah sedia menunggu. Senyum ceria. Dalam hati kecut juga agaknya. Maklumlah, takut kena selia - baru seminggu praktikum pensyarah dah datang. Tak perlu risau dik oi, praktikum kini bukan sama praktikum dulu-dulu. Praktikum kini, ada bimbingan - prapenyeliaan, penyeliaan dan pasca penyeliaan. Zaman saya praktikum dulu-dulu, pensyarah main touch-n-go sahaja. Sekarang ni pensyarah pembimbing baik-baik belaka. Termasuk saya jugalah. Angkat bakul sikit. Tapi ada baiknya juga cara macam itu, agar bakal guru ni sentiasa bersedia. Bagi saya, bukan pendekatan itu yang penting. Yang penting berbalik kepada bakal guru itu sendiri - kesediaan menimba ilmu dan pengalaman, yakin diri, komitmen, kreatif, serta sedia berubah dan membuat perubahan/ pengubahsuaian. Yang PALING PENTING sentiasa bersedia untuk menjadi guru berkesan (boleh juga disebut sebagai cemerlang). Latihan hanya 3 bulan, jadi guru nanti mahu juga sampai 30 tahun tu. Jadi jika tak mahu sakit jiwa selama itu - lebih baik set kan minda anda,
"Saya minat menjadi guru",
"Saya seronok menjadi guru" dan
"Saya bangga menjadi guru" ...
Baru-baru mengajar, banyaklah ceritanya. Kelas minor ramai (52 orang) kelas hujung lagi, m/m tak dengar arahan, susah kawal kelas, ibu bapa masuk kelas 10 minit terakhir sebelum rehat/waktu balik (terkejut saya dengar kisah ini -kawasan taman perumahan begini pun ada juga kes begini), koku dan banyak lagi. Apa-apa pun, itu cabaran dan pengalaman yang harus dilalui. Lain padang lain belalang. Catatlah dalam refleksi atau jurnal - jadikan isu untuk ditangani. Pengalaman tidak dapat dijual dan dibeli. Pengalaman mendewasakan kita.
Dari kesediaan, nampaknya Cath dan Liah ini sudah bersedia. Yakin walau pun sedikit gementar. Portfolio umum dan rancangan pengajaran sudah tersedia. Ujian diagnostik sudah dibuat cuma belum tahu nak agih ikut kemahiran. Bilik pemulihan saiz separuh kelas biasa. Susunan, hiasan bilik biasa-biasa saja. Macam kelas konvensional. Tidak boleh ubah dan tak berani nak ubah , kata mereka. Bilik itu serba guna - oleh guru mahu pun murid-murid terutama pada waktu rehat. Apa-apa pun bilik itu tiada cacat celanya, cuma kalau boleh diubah suai ikut RPH guru kan bagus. Pun begitu - harap proses p&p tetap berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang dirancang. Selamat berusaha.
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment